15 October 2018

Repair Aircond

Bismillahirrahmanirrahim,




Weekend lepas aku pergi betulkan kereta wife yang dah seminggu takde aircond. Dia terlibat dalam kemalangan kecil minggu lepas. Alhamdulillah takde apa-apa.

Akibat perlanggaran tersebut, condenser atau gas cooler tu bocor. Yang lecehnya kereta-kereta zaman sekarang, nak buka benda tu kena dismantle dashboard kereta keseluruhannya. Jadi kos upah kekadang lagi mahal dari kos part tersebut.

Biasalah kereta dah lama. Rasa membazir pula nak tukar kereta baru. Perasaan pakai kereta dah habis bayar selama bertahun-tahun ni rasa lapang dan tenang je. Banyak lebihan duit setiap bulan.

Haritu aku baca tips kewangan tentang pemilikan kereta. Kalau nak beli kereta, rules of thumb dia :

- 20% bayaran deposit dari harga kereta.
- 5 tahun.
- Tak lebih 15% daripada gaji bulanan.

Kalau lebih daripada itu, maksudnya harga kereta kita itu dah melebihi kemampuan.

Aku ada banyak kawan-kawan yang membeli kereta melebihi kemampuan kewangan mereka. Setiap bulan ikat perut dan kena kurangkan perbelanjaan keluarganya sebab beli kereta yang terlalu mahal.

Mereka tersilap estimate jumlah kos service, insurans dsb. Mereka tak sangka untuk service terpaksa berbelanja hampir RM1k dan kadangkala lebih. Ketika renew roadtax dan insurans perlukan RM1.5k.

Akhirnya bayaran bulanan tertunggak dan terpaksa berhutang sana sini kat kawan-kawan untuk elak kereta kena tarik. Tapi kalau lihat kat sosial media mereka, memang orang 'pandang' sebab kereta lawa, jalan sana sini bergambar depan kereta mahalnya, ambil gambar dalam kereta bersama keluarga dsb. Hanya kawan-kawan tahu kisah sebenar mereka.

Bijak rancang kewangan. Ia memberi kesan kepada hidup anda keseluruhannya.



Wallahua'lam.


Repair Aircond

Bismillahirrahmanirrahim, Weekend lepas aku pergi betulkan kereta wife yang dah seminggu takde aircond. Dia terlibat dalam kemalangan...