21 November 2018

Selesai satu lagi hutang

Bismillahirrahmanirrahim,



Alhamdulillah, terima kasih Allah bantu aku selesaikan satu lagi hutang yang ada semalam.

Tinggal satu je hutang aku ada sekarang iaitu hutang rumah. Kalau dapat settle awalpun menarik juga. Lagipun macam dah tak banyak lagi. Perasaan hidup tanpa berhutang apa-apa ni juga merupakan satu nikmat yang besar.

Ada ramai orang yang pening kepala memikirkan untuk membayar hutang. Perasaan dibelenggu hutang kadangkala menjejaskan rumahtangga dan kehidupan seseorang. Tidur tak lena, usaha nak mengelak orang, menipu dan sebagainya.

Jadi bila semua yang kita ada memang milik kita sepenuhnya walaupun ia nampak sederhana tetapi bagi aku ketenangan tu memang tak dapat dibeli. Takde keperluan nak berhutang untuk kelihatan bergaya dimata orang lain atau terlibat dalam riba lagi. Fokus berjimat untuk matlamat kewangan yang seterusnya.

Mudah2nya dengan strategi yang betul, masa bersara nanti dah boleh dapat financial freedom. Pendapatan selesa sepanjang 20-30 tahun usia tua sebelum meninggalkan dunia.

Aku rasa macam tak perlu sangat kot Financial Freedom muda-muda. Membazir masa tak buat benda produktif. Sekurang-kurangnya fokus kepada kebaikan, amalan dan memberi manfaat lebih banyak kepada agama, negara dan masyarakat.



Wallahua'lam

Tahun Baru 2019

Bismillahirrahmanirrahim, Tak terasa 2018 bakal berakhir. Esok dah menjelang tahun baru 2019. Buat keluarga, mak abah dan isteri ter...