13 December 2018

Day 4 : Social Media Detox

Bismillahirrahmanirrahim,


Pergi kerja tadi battery 76% jam 8:00am

Selepas 4 hari tanpa sosial media,

  1. Aku dah takde rasa sangat bosan sangat macam 1-2 hari mula-mula uninstall social media account. Sebab sebelum ni ada rasa nak check telefon je. Tapi bila buka smartphone, yang ada cuma apps Mail dan Browser(gambar).
  2. Aku dah mula baca buku lebih lama dari biasa. Kat telefon aku, instead masuk ke sosial media, aku banyak baca artikel kat feed.
  3. Aku dah mula tinggalkan telefon. Semalam keluar lunch dengan member ofis, aku sengaja tinggal telefon. Ketika diaorang amik gambar makanan, aku dah mula makan. Ketika lepas makan semua tengok telefon, aku cuba ajak borak-borak. Okay je.
  4. Aku juga dah tak bawak smartphone ke surau (sebelum ni kekadang bawak konon untuk tulis nota tazkirah agama). Sebelum ni kekadang kalau pergi solat maghrib dan balik selepas solat isya' memang jarang aku tinggalkan telefon. Kalau takde benda nak buat, aku boleh ngaji Al-Quran. 
  5. Aku rasa macam dah lebih produktif minggu ini. Banyak kerja aku boleh siapkan tanpa gangguan nak tengok sosial media.
  6. Memang aku tak dapat dah follow beberapa orang yang aku selalu tengok update mereka. Tetapi kawan di sosial media ni berbeza dengan kawan-kawan di dunia sebenar. Aku juga miss tazkirah agama dari ustaz yang aku selalu follow tapi aku boleh dapat benda tu bila-bila masa aku nak kat Youtube, website.
Itu je kot aku rasa setakat ni.

Wallahua'lam.

No comments:

Trip Terengganu #teamjawe 2019

Bismillahirrahmanirrahim, Cuti sekolah lepas kitorang jalan-jalan ke Terengganu. Seramai 5 buah keluarga teamjawe join percutian kali ini...