18 December 2018

Day 8 : Social Media Detox

Bismillahirrahmanirrahim,

Ayam Kegemaran


Selepas 8 hari tanpa sosial media.

  1. Aku masih kena login sosial media ofis sesekala sebab aku memang salah seorang admin yang uruskan Facebook, Instagram dan Twitter office. Tapi setakat ini aku cuma masuk kat FB untuk boost post sebab kebetulan bulan Disember memang musim puncak bagi institusi zakat.
  2. Akaun zakat untuk advertising memang aku yang jaga. Jawab soalan dan post benda baru memang aku dah tak buat. Jadi memang aku kena buka juga Facebook buat masa ini. Cuma aku langsung tak browse timeline personal aku. 
  3. Satu yang aku perasan, aku dah boleh tinggalkan telefon masa jogging, keluar pergi kedai beli barang dengan wife aku, keluar makan dsb. Dan aku tak rasa ketinggalan apa-apa. 
  4. Dalam artikel yang aku baca semalam, bila kita tak rasa cemas, rasa serba tak kena bila smartphone kita takde berada dekat dengan kita, itu maksudnya kita dah berjaya lepaskan diri dari ketagihan smartphone. 
  5. Salah satu contoh mudah, kita boleh tinggalkan smartphone kita di meja makan, ruang tamu ketika kita sedang tidur. Mampu buat? Tak ramai boleh buat begitu lagi.
  6. Aku rasa, aku dah ke arah itu. Mungkin aku dah kena letak battery kat jam loceng yang dah berabuk tu. 
  7. Oh ya, aku punya battery sekarang masa balik rumah dalam lingkungan 65-75% sekarang. Masa pergi kerja 100%. Punyalah tak guna telefon.

Battery masa balik kerja sekarang.




Wallahua'lam.


No comments:

Tahun Baru 2019

Bismillahirrahmanirrahim, Tak terasa 2018 bakal berakhir. Esok dah menjelang tahun baru 2019. Buat keluarga, mak abah dan isteri ter...