20 December 2018

Rumah dan Masjid

Bismillahirrahmanirrahim,



  1. Salah satu perkara yang ramai orang zaman sekarang kadangkala lupa nak consider apabila membeli rumah adalah lokasi masjid/surau yang berhampiran. Biasanya hanya sekolah, kedai dan kemudahan lain jadi ukuran utama.
  2. Ada seorang sahabat yang alami kesukaran nak solat berjemaah di masjid bila pindah di rumah baru beliau. Mungkin ia nampak seperti satu benda remeh. Tapi itu sebab level iman kebanyakkan kita zaman sekarang dah sangat rendah bab solat berjemaah. Tidak rasa bersalah langsung bila tidak solat berjemaah. Hakikatnya, ada orang yang masih berpegang solat berjemaah di masjid dan surau itu satu kewajipan.
  3. Dalam tazkirah yang aku dengar baru-baru ini, antara sebab Mazhab Imam Syafie ada Solat Hormat Waktu (walaupun aku tidak berpegang dengannya) adalah kerana, pada waktu solat fardhu selepas azan berkumandang, semua aktiviti lain adalah haram untuk dilaksanakan dan dilakukan. Tak kisah apa alasan kita. Kerana ketika itu adalah waktu solat dan umat Islam wajib solat. Jadi bila ada rukhsah (atas pelbagai sebab), disisi Mazhab Syafie kita kena solat juga kerana tidak boleh lakukan perkara lain. Sebab itulah datang solat sebagai menghormati waktu bagi mengelakkan kita lakukan perkara dosa lain. Wallahua'lam.
  4. Masjid/surau merupakan tempat untuk berukhuwah, bersosial yang paling baik. Kat situ dapat jumpa orang yang baik-baik insyaallah. Lebih-lebih sekali zaman sekarang yang jiran sebelah rumahpun tak kenal dan tak tahu namapun. Pergi kerja pagi dan balik petang, hujung minggu sama ada terperap dalam rumah ataupun bergi berjalan sana sini.
  5. Ia tempat mencari ilmu agama. Jauh beza bila kita tuntut ilmu berhadapan dengan asatizah. Majlis ilmu begitu dipayungi oleh malaikat dan rahmat Allah turun serta mereka yang berada di dalamnya diampunkan dosanya oleh Allah jika mereka memohon dari Allah. Doa dalam majlis ilmu dimakbulkan oleh Allah. Memang kita boleh dengar majlis ilmu di Youtube, tapi aku boleh cakap, ia satu perkara berbeza. Akupun dengar banyak tazkirah agama di Youtube dan hadir sendiri di majlis ilmu. Dari sudut mendidik hati, rendah diri, tawadhu' itu memang sukar nak dapat kalau sekadar di screen.

Wallahu'lam.

No comments:

Trip Terengganu #teamjawe 2019

Bismillahirrahmanirrahim, Cuti sekolah lepas kitorang jalan-jalan ke Terengganu. Seramai 5 buah keluarga teamjawe join percutian kali ini...