10 December 2018

Social Media Detox

Bismillahirrahmanirrahim,



Alhamdulillah, hari ini 10 Disember 2018. Hari pertama dalam fasa Social Media Detox. Aku target untuk buat selama sebulan atau lebih bergantung kepada mood aku.

Apa yang aku buat?
  1. Aku uninstall Twitter, Facebook dan Instagram dalam Smartphone dan iPad aku.
  2. Aku logged-out semua akaun social media kat Macbook Air dan iMac aku di rumah dan di office.
  3. Aku offkan semua notification dari Whatsapp dan Telegram. Aku hanya check bila rasa perlu je.


Sebenarnya aku bukanlah terlalu aktif sangat kat social media sampai update setiap hari. Tapi aku rasa ia dah mula ganggu fokus aku kat kerja dan kehidupan seharian. Ada beberapa perkara yang aku rasa macam dah mula mengarut. Antaranya:

  1. Macam ada kewajipan untuk aku update post/tweet setiap hari. Padahal takde sapa yang ambil peduli pun.
  2. Asyik browse timeline Twitter-Instagram bila waktu senggang. Bila tak buat apa-apa, automatik aku akan buka 2 benda tu. 
  3. Aku dah mula tengok smartphone kalau bangun malam atau bangun awal pagi. Lepas balik surau subuh, kekadang dah pegang Al-Quran atau buku hadis nak baca. Pastu tangan gatal capai smartphone dan boleh tak sedar masa habis sampailah waktu pergi kerja. Akhirnya tak baca pun Al-Quran tu ataupun buku Hadis. Sesuatu yang aku tak pernah lakukan dulu.
  4. Ia ganggu waktu tidur dan rehat aku. Sampai ada masa aku lewat sangat tidur sebab browse sosial media. Terutama bila ada satu-satu isu. Macam kena jawab dan bagi pendapat walaupun takde sapa peduli. 
  5. Walaupun aku dah matikan hampir semua notifikasi sosial media sebelum ini, tapi aku perasan ada urgency nak tengok post-post yang aku dah tweet/send. Lelagi kalau tweet tu sampai beribu-ribu orang retweet dan beratus komen. 
  6. Aku dah mula malas baca buku, tak keluar jogging dan buat benda yang aku suka. 
  7. Aku dah ada rasa nak berdebat di sosial media bila ada yang tak sependapat dan tak setuju dengan aku. Sebelum ni aku tak pernah ada rasa camtu sebab kebanyakkannya aku ignore dan tak ambil peduli. Sebab takde kaitan dengan hidup aku.
  8. Bila jalan-jalan, bercuti dsb aku macam wajib nak ambil gambar untuk tunjuk kat orang. Walaupun majoritinya aku tak updatepun. 
  9. Aku mesti kena bawa smartphone ke mana-mana. Kalau takde smartphone dengan aku, rasa resah dan gelisah walaupun kadangkala tak bukapun. 

Sebenarnya aku punya ketagihan tu takdelah terlalu teruk. Dalam bacaan aku, ada orang yang ketagihan sosial media agak kronik dengan beberapa ciri yang agak kritikal. Bagi aku masalah lebih teruk bila ada 2 ciri ini :

False reality : Berusaha sungguh-sungguh create imej positif depan orang lain. Walaupun hidup sebenarnya tidak begitu. Dia juga  menilai orang berdasarkan apa yang ada di sosial media. Kalau takde gambar kahwin, anak-anak dsb dia anggap orang itu tidak gembira dan bahagia. Dia juga rasa rendah diri bila lihat kehidupan orang lain dan berasa tak bahagia macam kebanyakkan orang yang dia follow.

Narcissism : Berasa dihargai, dihormati, bangga dan gembira bila post/tweet mereka di LIKE atau komen. Lepas post sesuatu, asyik refresh menunggu like/komen baru sepanjang hari. Bila ramai kritik dia rasa tertekan dan sedih. Mood nya dipengaruhi posting yang dilakukannya.


Aku akan update aku punya perasaan setelah beberapa hari dah tak buka sosial media nanti.

Wallahua'lam.




No comments:

Tahun Baru 2019

Bismillahirrahmanirrahim, Tak terasa 2018 bakal berakhir. Esok dah menjelang tahun baru 2019. Buat keluarga, mak abah dan isteri ter...