31 December 2018

Tahun Baru 2019

Bismillahirrahmanirrahim,



Tak terasa 2018 bakal berakhir. Esok dah menjelang tahun baru 2019.

Buat keluarga, mak abah dan isteri tercinta, kalian merupakan individu terpenting dalam hidup aku. Mohon maaf sekiranya ada sikap dan tindak tanduk aku yang kurang menyenangkan hati dan perkara yang aku tak sedar yang mungkin melukakan hati.

Buat kawan-kawan, mohon maaf sekiranya terdapat khilaf dan kesalahan. Buat sahabat-sahabat, terima kasih kerana jadi sahabat yang baik dan selalu mendekatkan aku dekat dengan agama. Semoga kita terus jadi sahabat yang baik.

Untuk yang mungkin tidak sependapat dengan aku, maafkan tutur kata dan tulisan yang mungkin kurang senang di mata kalian. Aku akan perbaiki diri lagi.

Untuk yang sayang kepadaku, percayalah akupun sayang kepada kalian kerana Allah.

Terima kasih kepada semua kerana menghiasi hidup aku. Doa dan harapan aku menjelang tahun baru ini, semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah. Semoga kita jadi insan yang lebih baik terutama bab ibadah.

Kita semua akan berpisah akhirnya. Hanya amalan kita yang menemani kita untuk kehidupan yang abadi nanti.

Wallahua'lam.


No comments:

Trip Terengganu #teamjawe 2019

Bismillahirrahmanirrahim, Cuti sekolah lepas kitorang jalan-jalan ke Terengganu. Seramai 5 buah keluarga teamjawe join percutian kali ini...