28 December 2018

Urusan Kematian

Bismillahirrahmanirrahim,




  1. Masa cuti Krismas lepas, aku ada join Kursus Pengurusan Jenazah yang diadakan di masjid kampung aku. Alhamdulillah banyak ilmu baru dapat.
  2. Walaupun ada pengalaman beberapa kali menguruskan jenazah sebelum ini tapi kursus camni sentiasa ada benda baru yang aku belajar. Seronok tengok ramai budak-budak muda kampung join sekali.
  3. Budak-budak baya aku sebenarnya generasi kedua kat kampung ni. Mak ayah kitorang peneroka yang buka kampung dengan tebang hutan tahun 1970an dulu. Lepas tebang hutan, baru kahwin pada penghujung 1970an dan tahun 1980an.
  4. Nampak macam dekat, tapi itu cerita 40 tahun lepas. Kalau masa tu usia anak muda yang tebang hutan 25 tahun, sekarang mereka dah berusia 65 tahun. Jadi memang yang berusia semua dah mulai sakit dan meninggal dunia. Sorang-sorang aku dengar orang kampung meninggal dunia dalam beberapa tahun kebelakangan ni.
  5. Sedih nak cerita tapi itulah hakikat dunia. Semakin kita membesar, maksudnya mak ayah kita semakin lanjut usianya. Kalau ikut fitrah, maksudnya semakin dekat dengan kematian.
  6. Sebab itu, kursus begini dianjurkan supaya pelapis dan anak muda menggantikan orang yang berusia dalam pengurusan jenazah.
  7. Aku sempat tulis nota sepanjang kursus ini. Sampai kena tegur dengan sorang pakcik dengan katanya jangan main hp je, haha.


Boleh klik sini untuk baca nota aku tulis : Nota Kursus Jenazah

Mudah2an bermanfaat.

Wallahua'lam.

No comments:

Tahun Baru 2019

Bismillahirrahmanirrahim, Tak terasa 2018 bakal berakhir. Esok dah menjelang tahun baru 2019. Buat keluarga, mak abah dan isteri ter...