13 August 2019

Raya Aidiladha 2019

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, selesai korban pada tahun ni. Tahun ni pertama kali kitorang adik beradik kongsi untuk korban lembu. Untuk family kitorang buat 2 ekor semuanya.

Seekor buat kat rumah dan seekor lagi bagi kat masjid untuk mereka uruskan. Masjid kampung aku tahun ni meriah korban 16 ekor lembu dan 3 ekor kambing. Aku rasa rekod baru ni. Semoga semua ibadah kita diterima oleh Allah.

Maka bermulalah lauk daging dengan pelbagai jenis masakan sepanjang bulan ni nak habiskan stok yang banyak kat peti ais.



Semoga yang mengerjakan haji di Makkah mendapat haji yang mabrur. Insyaallah kita sama-sama niat untuk kerjakan haji ketika usia muda dan sihat. Bantu kami ya Allah.



Wassalam.

16 June 2019

Aidilfitri 2019

Bismillahirrahmanirrahim,


Alhamdulillah, tahun ni aku raya di Bagan Datoh. Ada highway baru nak ke sana sampai sesat.

Bagan Datoh dah semakin membangun terutamanya belah pekan sana. Kalau BN menang PRU lepas dan Zahid Hamidi jadi PM, mesti Bagan Datoh ni makin maju kot, hehe. Aku rasa mereka kena buat port kapal berlabuh dan buat kilang barulah maju kawasan sini. Masalah pemuda berhijrah ke bandar masih jadi isu utama kat kawasan sini. Peluang pekerjaan masih lagi terhad.

Sebab malas nak menaip, aku letak je gambar sekitar beraya di kampung untuk rekod pada masa hadapan.




Semoga raya korang semua baik-baik je.

Wassalam.

30 May 2019

Ramadan 2019

Bismillahirrahmanirrahim,


Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya, Rabbaniyyin Laisa Ramadhaniyyin, berpesan: Jadilah hamba yang taat sepanjang masa kerana Allah dan jangan hanya menjadi ahli ibadat selama sebulan Ramadan.

Ramadan akan berlalu apabila sudah sampai tempohnya, sedangkan Allah SWT tetap kekal dan tidak sekali-kali akan lenyap. Fasa selepas Ramadan adalah pembuktian sama ada matlamat tarbiah atau pendidikan sepanjang bulan itu, tercapai atau sebaliknya.

Sekitar Ramadan aku lepas.















Alhamdulillah, semoga Ramadan tahun ini menjadikan kita muslim yang lebih baik. Semoga kita semua dapat berjumpa dengan Ramadan yang akan datang, Ameen!

Wallahua'lam.

01 May 2019

Nasihat seorang ahli perniagaan.

Bismillahirrahmanirrahim,


Kongsi satu nasihat dari seorang ahli perniagaan yang berjaya. Katanya;

"Saya dah dapat apa yang saya nak, tapi baru sekarang saya sedar kejayaan saya ni tawar. Saya rindukan anak2 saya. Saya terlepas banyak masa dengan anak2 saya. 

Saya paling rindu nak balik zaman anak2 saya kecil. Silap saya ialah saya hanya nampak cita2 saya, saya kejar cita2 saya dan lupa bawa anak2 saya bersama dalam kesibukan saya pada masa tu. It's tooks me 30 years to get what i want but when i achieved it, anak2 dah kahwin dan dah tak ada kat rumah, semua sibuk dengan keluarga sendiri. 

Tinggallah saya dengan isteri saya sahaja. Paling terasa masa hari raya ni lah..you jangan jadi macam saya mir, jaga family you baik2. Dan saya rindu juga kat kawan2 saya. You jangan tinggal kawan2 you kalau dah berjaya. Saya dulu temper, tegas sangat sampai kawan pun takut..tapi saya terpaksa. 

Sekarang bila dah tak ada jawatan, kawan pun segan nak datang rumah. You ikut jalan you, cara you. Jangan jadi macam saya, akhirnya sendiri.."


Ambil pengajaran dan panduan.


Wallahua'lam.

01 April 2019

Trip Terengganu #teamjawe 2019

Bismillahirrahmanirrahim,


Cuti sekolah lepas kitorang jalan-jalan ke Terengganu. Seramai 5 buah keluarga teamjawe join percutian kali ini. Sebab Cot orang Terengganu, jadi memang memudahkan kitorang semua kat sana. Kat sana selama 3 hari 2 malam bermula 28 Mac 2019 lepas.

Kitorang bertolak pukul 12 tengah malam dari KL dan sampai Terengganu dalam Subuh camtu. Itupun termasuk minum-minum dan berhenti beberapa kali kat Hentian Rehat. Maklumlah ramai askar join sekali.

Akupun malas nak taip ni,haha. Jadi bagilah sikit gambar highlight sepanjang percutian tersebut untuk rekod masa hadapan.

















Semoga persahabatan kami semua ini berkekalan sampai akhir hayat dan seterusnya ke syurga, Ameen.


Wallahua'lam.

Raya Aidiladha 2019

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, selesai korban pada tahun ni. Tahun ni pertama kali kitorang adik beradik kongsi untuk korban lem...