14 January 2019

Majlis Bertandang Elin & Fadzlan

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, selesai majlis kenduri di Banting, minggu depannya majlis belah lelaki di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.


Abah sewa satu bas bawak jiran-jiran dan saudara mara pergi sini. Ingat tak ramai join, rupanya ramai juga yang naik bas. Itu tak masuk beberapa kereta yang ikut sekali.















Wallahua'lam.


09 January 2019

Rewang Kenduri Kahwin

Bismillahirrahmnirrahim,

Semasa majlis adik aku lepas, mak ngan abah ada buat rewang sikit untuk tetamu yang datang pada malam Hari Sabtu.

Hari Ahad kitorang buat katering je. Alhamdulillah makanan semua cukup. Ramai cakap sedap makanannya. Semoga majlis perkahwinan tersebut diberkati Allah.

Aku suka rewang ni cuma jujurnya zaman sekarang macam dah kurang sesuai. Sebab utamanya nature pekerjaan orang sekarang ni kerja bermajikan. Orang yang rewang semuanya dah berusia dan tak larat.

Mereka semua kepenatan. Orang-orang muda dah kahwin, semua dengan anak masing-masing. Tolong-tolong pun kejap je. Orang bujang pun dapat turun kejap sebab kena kerja shift dsb. Akhirnya orang berusia tu lah yang paling lama kerja. Sampai sakit-sakit badannya.

Layan sikit gambar rewang sepanjang majlis kahwin tersebut.









































Ini semua hari Sabtu je. Orang jawa buat majlis 2 hari. Sabtu dan Ahad. Hari Sabtu biasanya lepas Solat Asar camtu dah start orang datang sampailah jam 11:00 malam. Hari Ahad, kitorang buat katering pula.



Wallahua'lam.





06 January 2019

Elin Kahwin

Bismillahirrahmanirrahim,

Adik perempuan terakhir aku dah kahwin, Alhamdulillah. Tinggal lagi sorang je adik aku belum kahwin sekarang. Aku random pick gambar haritu.









Semoga ikatan perkahwinan yang terjalin berkekalan bahagia sampai ke syurga, Amiin.


Wallahua'lam.

Raya Aidiladha 2019

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, selesai korban pada tahun ni. Tahun ni pertama kali kitorang adik beradik kongsi untuk korban lem...