22 February 2019

Orang Bandar vs Orang Kampung

Bismillahirrahmanirrahim,

Sebesar-besar banglo mewah orang bandar, masih milik bank....
Sekecil-kecil rumah papan orang kampung, tinggal di rumah di tanah sendiri.

Sebesar-besar kereta orang bandar, geran masih berada di bank....
Sekecil-kecil motosikal cabuk orang kampung, geran sudah berada di tangan

Sekaya-kaya orang bandar, kaya dengan duit personal loan, kad kredit dan hutang keliling pinggang...
Semiskin-miskin orang kampung, tiada hutang yang menjerut.

Sekaya-kaya orang bandar tinggal di kondominium mewah; bumbungnya lantai rumah orang bawah, lantainya pula bumbung rumah orang bawah dan dindingnya pula dinding rumah orang jiran sebelah.
Semiskin-miskin orang kampung tinggal di rumah papan; bumbung, lantai, dinding milik sendiri.

Sekaya-kaya orang bandar memiliki kenderaan mahal tetap bergerak 10km sejam di tengah-tengah kesesakan di hutan batu....
Semiskin-miskin orang kampung memiliki kapcai boleh merempit membelah bendang!

Sekaya-kaya orang bandar, halaman rumahnya sempit berpagar...
Semiskin-miskin orang kampung, halamannya seluas saujana mata memandang tanpa pagar batu

Sekaya-kaya orang bandar, ke coffee house order steak dan kopi bayar guna kad hutang...
Semiskin-miskin orang kampung, ke warung kopi makan nasi lemak daun pisang dan kopi O bayar cash!

Sekaya-kaya orang bandar, perlu beli aircond untuk sejukkan rumah tatakala tidur malam..
Semiskin-miskin orang kampung, udara segar tanpa perlu aircond mahal-mahal...

Sekaya-kaya orang bandar, rumah besar, kereta banyak, terpaksa pasang CCTV dan upah pak guard utk jaga keselamatan, dan tidur malam selalu terjaga risaukan keselamatan harta benda.
Semiskin-miskin orang kampung, tidur dengan tingkap terbuka dan tiada jaga pun tak kisah, malah dapat tidur dengan tenang.

Copy paste dari Whatsapp.

Trip Terengganu #teamjawe 2019

Bismillahirrahmanirrahim, Cuti sekolah lepas kitorang jalan-jalan ke Terengganu. Seramai 5 buah keluarga teamjawe join percutian kali ini...