30 May 2019

Ramadan 2019

Bismillahirrahmanirrahim,


Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya, Rabbaniyyin Laisa Ramadhaniyyin, berpesan: Jadilah hamba yang taat sepanjang masa kerana Allah dan jangan hanya menjadi ahli ibadat selama sebulan Ramadan.

Ramadan akan berlalu apabila sudah sampai tempohnya, sedangkan Allah SWT tetap kekal dan tidak sekali-kali akan lenyap. Fasa selepas Ramadan adalah pembuktian sama ada matlamat tarbiah atau pendidikan sepanjang bulan itu, tercapai atau sebaliknya.

Sekitar Ramadan aku lepas.















Alhamdulillah, semoga Ramadan tahun ini menjadikan kita muslim yang lebih baik. Semoga kita semua dapat berjumpa dengan Ramadan yang akan datang, Ameen!

Wallahua'lam.

01 May 2019

Nasihat seorang ahli perniagaan.

Bismillahirrahmanirrahim,


Kongsi satu nasihat dari seorang ahli perniagaan yang berjaya. Katanya;

"Saya dah dapat apa yang saya nak, tapi baru sekarang saya sedar kejayaan saya ni tawar. Saya rindukan anak2 saya. Saya terlepas banyak masa dengan anak2 saya. 

Saya paling rindu nak balik zaman anak2 saya kecil. Silap saya ialah saya hanya nampak cita2 saya, saya kejar cita2 saya dan lupa bawa anak2 saya bersama dalam kesibukan saya pada masa tu. It's tooks me 30 years to get what i want but when i achieved it, anak2 dah kahwin dan dah tak ada kat rumah, semua sibuk dengan keluarga sendiri. 

Tinggallah saya dengan isteri saya sahaja. Paling terasa masa hari raya ni lah..you jangan jadi macam saya mir, jaga family you baik2. Dan saya rindu juga kat kawan2 saya. You jangan tinggal kawan2 you kalau dah berjaya. Saya dulu temper, tegas sangat sampai kawan pun takut..tapi saya terpaksa. 

Sekarang bila dah tak ada jawatan, kawan pun segan nak datang rumah. You ikut jalan you, cara you. Jangan jadi macam saya, akhirnya sendiri.."


Ambil pengajaran dan panduan.


Wallahua'lam.