28 February 2020

Tahun Baru 2020

Bismillahirrahmanirrahim,

Dah nak masuk bulan Mac 2020 baru aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru. Punyalah malas nak update blog.

Alhamdulillah, kehidupan aku berjalan dengan lancar. Gembira dan tenang. Terlebih gembira sampai aku rasa tahun ni berat aku naik paling tinggi dalam sejarah hidup aku, haha. Jadi sebagai langkah nak kurangkan berat badan, kenalah mula bersenam dan jaga makan.

Paling best, wife pun dah mula naik berat badan, LOL. Dulu dia gembira betul bila berat badan naik. Sebab kurus sangat berbanding ketinggian dia (167 cm). Sekarang dah mula risau berat hampir 60kg.

Masa jogging keliling padang bola haritu, aku ada shoot benda kat keliling aku guna phone. Masa ni tengah cool down. Mesti orang pelik aku terbongkok-bongkok kat rumput. Ni sikit hasilnya.



Alhamdulillah.

Eh untuk rekod aku juga. Minggu ni tengah kecoh pengambilalihan kuasa melalui 'jalan belakang' oleh ahli politik di negara kita. Kalau ye pun nak berkuasa, tunggulah PRU nanti. Penatlah rakyat nak berpolitik sepanjang masa.

Semalam jaga Saudi baru sekat kemasukan jemaah dari luar Saudi daripada menunaikan Umrah akibat COVID-19. Tak tahu sampai bila. Kasihan juga kat syarikat travel umrah yang dah book flight ticket, hotel, catering/makanan kat sana tiba-tiba tak dapat masuk. Syarikat besar boleh absord cost, tapi syarikat kecil memang teruk kena.

Ada beberapa perancangan tahun ni yang aku nak laksanakan. Semoga Allah permudahkan semuanya.  Banyak aku nak cerita, tapi malas nak taip. Kah!

Semoga baik-baik untuk dunia dan negara kita. Itulah.


Wassalam.