04 June 2020

Cerita pasca Ramadan, Raya dan Covid-19

Bismillahirrahmanirrahim,

Ya Allah tajukpun nampak sangatlah pemalas nak update blog. Rangkumkan semua sekaligus.

Belanja satu gambar raya!

  1. Ramadan 2020 ni pertama kali tidak dapat bersolat Tarawih di masjid seperti tahun-tahun lepas. Kerana kerajaan larang aktiviti keagamaan sepanjang musim virus Covid-19 yang sedang peak ketika itu.

  2. Lagipun majoriti yang hadir di masjid-masjid adalah golongan berusia dan mereka yang paling terkesan dan banyak kematian jika positif Covid-19.

  3. Tapi positifnya, ikatan kekeluargaan ramai orang sebenarnya bertambah erat. Sebab seluruh ahli keluarga dapat habiskan lebih masa bersama di rumah dengan anak-anak, berbuka puasa bersama-sama, solat berjemaah bersama-sama dan bertarawih bersama-sama. Sesuatu yang jarang atau mungkin tidak pernah dilakukan sebelum ini. Mungkin itulah hikmah Allah turunkan wabak ini jika dilihat dari satu sudut.

  4. Hari raya pertama tahun ni, aku dapat pulang ke kampung RTB. Memang giliran belah Banting tahun ni. Kebetulan semua adik beradik aku dapat pulang ke kampung kecuali Ayeng sekeluarga. Alhamdulillah. Sebenarnya Kerajaan bagi raya sehari sahaja. Tapi raya ke-3 baru balik ke Kinrara.

  5. Ketika aku tulis blog ni pada 4 Jun 2020, aku dah selesai puasa 6 Syawal. Akupun tak tahu berapa Syawal dah sekarang. Haa, 12 Syawal 1441H, aku baru check hp. Tapi sekadar nak kongsi statistik kes Covid-19 sekarang.

    Kes Kematian akibat Covid-19 seluruh dunia : 377,976 orang
    Kes Positif Seluruh Dunia : 6.5 juta orang.
    Kes kematian di Malaysia : 169 orang.
    Negara tertinggi kematian : USA (110,346 orang).

  6. Pertama kali seumur hidup aku ada pendemik yang menyebabkan seluruh dunia terhenti dan menyebabkan kematian yang sangat tinggi. Semoga Allah angkat wabak ini dan berikan kesembuhan kepada yang masih positif.

  7. Sebelum Hari Raya haritu, Ustaz Isa Wardi meninggal dunia. Seorang teman lama ketika kerja di Bangunan Sultan Idris Shah dulu. Ustaz suka berpantun dan berteka-teki. Semoga arwah ditempatkan di kalangan hamba Allah yang beriman.

  8. Aku sebenarnya agak terkilan sebab memang kalau ada rezeki nak menunaikan haji tahun ini. Tapi perancangan Allah sentiasa lebih baik daripada perancangan kita. Setakat hari ini tiada berita dari Saudi tentang status Haji 2020.

Semoga bertambah baik dunia. Bertambah baik amalan kita dan teruskan momentum Ramadan lepas. Dapat Baca Al-Quran setiap hari. Sama-sama Tadabbur Al-Quran. Kekalkan hafazan Al-Quran dsb.

Dunia ini sementara. Akhirnya kita semua akan menghadapi kematian juga. Semoga dapat kematian yang Husnul Khatimah, Ameen!


Wallahua'lam.