01 August 2020

Raya Aidiladha 2020

 Bismillahirrahmanirrahim,


Ya Allah, memang aku update blog ni setahun berapa kali je lah. Tahun ni Raya Korban semua buat kat kandang lembu. Dah takde korban di masjid seperti biasa sebab musim PKP masib berisiko.

Tapi jujurnya aku rasa macam lebih baik buat kat kandang.

Sebab lebih mudah nak sembelih lembu tersebut, tools semua mencukupi, nak melapah senang dan paling penting lebih laju nak selesaikan seekor lembu.

Sebab jatuh hari Jumaat, dari pukul 9:30 pagi selepas solat raya sampai 12:00 tengahari boleh dapat 10 ekor lembu.

Layan sikit gambar sepanjang Raya Raji lepas.
















Sehari lepas Raya Haji tu, family aku buat korban sendiri sesama ahli keluarga kat rumah.


Semoga semua amalan korban kita diterima Allah, Ameen!